Jumaat, 19 Oktober 2012

Mahram

03 Zulhijjah 1433

بسم الله الرحمن الرحيم


Assalamu'alaikum w.b.t....

Setelah sekian lama tidak mengemaskini & menjenguk blog saya ni, tetiba terfikir pula nak berkongsi dengan anda semua tentang mahram.. Tapi sebelum saya meneruskan perkongsian, ingin saya menjelaskan perbezaan antara mahram & muhrim.

Suatu masa dahulu saya juga agak keliru dengan dua perkataan ini dan selalu menyalahgunakannya.. saya rase ada juga diantara anda di luar sana yg masih keliru tapi terlupa untuk mencari apa makna sebenarnya.. 

Jom kita baca & fahami apa itu mahram & apa itu muhrim .. :)

Mahram - bermaksud orang yang haram berkahwin dengan kita seperti adik-beradik kita; mak, ayah kita & mertua...

Muhrim - adalah perkataan Arab yang membawa maksud orang yang sedang melakukan ihram haji ataupun umrah.

Diharap dengan penjelasan di atas kita dapat membezakan maksud & penggunaan dua perkataan ini..

Di bawah ni ialah imej mahram bagi wanita & lelaki.. Moga lepas ni kita tidak melakukan kesilapan yang sama lagi.. :)



p/s: terima kasih pada yg pemilik imej di atas.. moga Allah permudahkan kehidupan anda dunia & akhirat.. Aamiin..

Isnin, 30 Julai 2012

Maa syaa a Allah - ما شاء الله

10 Ramadhan 1433

بسم الله الرحمن الرحيم


Salam semua.. Tahukah anda apakah yg dimaksudkan dengan MaasyaAllah? Seringkali aku mendengar dan suatu ketika dahulu aku juga telah menggunakan kalimah MasyaAllah ini apabila melihat atau mendengar sesuatu perkara yg tidak baik atau tidak disenangi.. adakah ia sebenarnya sesuai disebut pada ketika itu?

Apakah yg dimaksudkan dengan MaasyaAllah? "MasyaAllah" bermaksud "apa yang diKehendaki Allah" atau "As Allah Willing" atau "As God Willing". Mari kita lihat dengan lebih mendalam, perkataan Maa-Syaa-a-Allah ini sebenarnya terbahagi kepada 3 perkataan :

1. Ma (مَا ) - harf (huruf atau particle), yang boleh membawa maksud Dia yang (الَّذِي) (he whom, that which, which, what ever, what so ever) Apa (مَاذ) dan juga bukan (not,لَمْ ).

2. Syaa-a (شاءَ) - fa'il (perbuatan atau verb), yang membawa maksud (أَرَاد) - kehendak, keinginan, (design to , be willing(to) , designate , intend ). Kamus al-Muwrid menambah - "to want, wish, desire, will, be willing (to), to intend, purpose, have in mid".

3. Allah ( الله) - Isim (nama atau nouns).

"Apa yang Allah kehendaki", "As Allah willing " ما شاء الله

Didalam scenario kita di Nusantara, perkataan Maa-Syaa-a-Allah ini menunjukkan keta'juban atau terkejut atau sesuatu yang mengemparkan. Di negara Arab, perkataan Maa-Syaa-a-Allah disebut sebagai menandakan kegembiraan. Keadaan dan suasana perkataan Maa-Syaa-a-Allah digunakan dengan pelbagai maksud. Akan tetapi, maksudnya tidak berubah :- dari segi kegembiraan pun ia merupakan "Apa yang Allah kehendaki" dan juga terperanjat juga merupakan "Apa yang Allah kehendaki". Ibn Kathir menyatakan bahawa terdapat dikalangan salaf apabila melihat perkara yang ajaib mengenai harta dan anak akan menyebut :-

ما شاء الله لا قوة إلا بالله
"Maa-Syaa-aAllah La Quwata illa billlah"

Sebagaimana firman Allah swt :-

وَلَوْلَا إِذْ دَخَلْتَ جَنَّتَكَ قُلْتَ مَا شَاءَ اللَّهُ لَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ إِنْ تَرَنِ أَنَا أَقَلَّ مِنْكَ مَالًا وَوَلَدًا 
 
"Dan sepatutnya semasa engkau masuk ke kebunmu, berkata: (Semuanya ialah barang yang dikehendaki Allah)! (tiada daya dan upaya melainkan dengan pertolongan Allah)? Kalau engkau memandang aku sangat kurang tentang harta dan anak berbanding denganmu." [al-Kahfi : 39].

1. Yang salah ialah apabila kagum melihat maksiat, perkara buruk dsb lalu berkata Maa-Syaa-a-Allah - "Apa yang Allah kehendaki", seolah2 menyatakan 'apa nak buat, dah takdir buat maksiat/jahat'. Sebaik2nya hendaklah kita berlindung dengan Allah dari kemaksiatan tersebut dan juga beristighfar.

2. Kesalahan kedua ialah kesalahan dari segi sebutan panjang MAA dan juga tulisannya. Kesalahan ini akan membawa kepada pengertian yang salah. Dari segi tulisan, huruf MA di kombinasikan dengan huruf Syaa-a :-

"MaSyaa-a-Allah" - مشاء الله - yang membawa maksud "Penyebar adalah Allah / A spreader is Allah"

Kesalahan2 ini bukan sahaja berlaku kepada mereka2 yang bukan Arab, malah ini diberlakukan juga dikalangan orang2 Arab sendiri. Disini saya paparkan beberapa website yang melakukan kesalahan tersebut (terutamanya forum2 arab) :-

مشكورين أبناء سالم على الرد والترجمه مشاء الله عليكم الله يحفظكم

http://bukhalifa.com/zayed/archive/index.php/t-5861.html

مشاء الله عليك اختي فطامي

http://www.uae2020.net/forum/archive/index.php/t-296.html

مشاء الله أهلا وسهلا

http://www.atteb.com/Forums/lofiversion/index.php/t4414.html

مشاء الله تبارك الله

http://alm3na.net/vb/printthread.php?t=5080

مشاء الله ............. مشاء الله

http://www.4gg4.com/vb/archive/index.php/t-2067.html

Jadi sahabat-sahabat sekelian mari kita perbetulkan apa yg tidak betul selama ini.. Moga Allah ampuni dosa-dosa kita terutama aku yg byk berdosa ini.

Petikan di ambil di sini. Sekian, Wassalam...

Khamis, 19 Julai 2012

Destinasi - Sungai Verzasca

29 Syaaban 1433

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam, adakah anda suke melancong? hari ni ade satu destinasi yg agak menarik utk dikongsikan bersama.. Destinasi yg hendak diperkatakan ialah Sungai Verzasca yang terletak di Switzerland. Sungai ini dikenali kerana kejernihan airnya yang mengalir dari gunung-ganang yang terletak di Pizzo Barone ke Tasik Maggiore. Air sungai ini sangat jernih sehinggakan pada kedalaman 10 meter di dasar sungai, anda masih dapat melihat dengan jelas jambatan yang merentangi sungai ini. Lokasi ini terkenal sebagai kawasan pelancongan untuk aktiviti 'scuba diving' dan 'bungee jumping'. Sila lihat gambar- gambar di bawah & ucapkan rasa kagum dengan kebesaran Allah S.W.T... :)
















Credit kepada page FB Wujud.

Rabu, 11 Julai 2012

Solat pakai kasut - Sunnah yg telah dilupakan

21 Syaaban 1433


بسم الله الرحمن الرحيم
 
 
Pernah dengar x org sebut tentang solat dengan memakai kasut? seblom nie aku slalu gak terfikir mcm mana yer kalau kita berada di suatu tmpt yg tiada kemudahan surau atau masjid ketika itu, atau bile solat jumaat jemaah terlalu ramai hingga mengakibatkan terpakse solat di luar masjid dan kebetulan xde pulak alas.. x kan nak berkaki ayam pulak di atas jalanan? Alhamdulillah hari ni dah terjawab persoalan yg x pernah aku ketahui selama nie.. Sesungguhnya Allah telah memberi jawapan pada aku yg mmg tidak tahu & tiada apa apa, kerana segalanya milik Allah..
 
 
 
"Syeikh Muqbil bin Hadi al-Wadi’e dalam kitabnya Majmu’ Rasa’il ‘Ilmiyyah telah mengatakan bahawa solat dengan memakai sepatu merupakan suatu sunnah yang sudah dilupakan.

Ibnu Muflih dalam kitabnya al-Aadaab Al-Syar’iyyah Jil 3 hlm 511 telah meletakkan bab khusus “Fasl Istihbab Salah fi Ni’al” (Perihal Disunnahkan solat dengan memakai kasut), lalu dia berkata Syeikh Ibn Taimiyyah rahimahullah menyebutkan bahawa solat dengan memakai sandal atau sejenisnya itu disunnahkan.

Ada hadis berkenaan bab ini daripada Abu Maslamah Said Bin Yazid Al-Azyid radhiyallahu ‘anhu katanya, “aku pernah bertanya Anas bin Malik adakah Rasulullah SAW pernah solat dengan memakai kasut?” Anas menjawab “Ya!” (Hadis riwayat Imam Bukhari no. 386, Muslim no. 555 dan dalam sunan Tirmidzi n0. 396)

Kemudian Abu Maslamah mengatakan bahawa para ulama sepakat mengamalkannya.
Begitu juga hadis dari Abdullah bin ‘Amr bin al-Ash dia berkata : ” Aku pernah melihat Rasulullah mengerjakan solat dengan kaki telanjang (tidak berkasut) dan berkasut”. Hadis riwayat Ahmad no.6627, Abu Daud no.653, Ibn Majah no. 1038.

Abu Sa’id al-Khudri meriwayatkan bahawa suatu ketika Rasulullah SAW mengerjakan salat, beliau membuka kedua kasutnya, lalu orang-orang yang ada dibelakang beliau pun membuka kasut mereka. Selesai solat, beliau bertanya : Kenapa kamu semua membuka kasut kamu? Mereka menjawab : Wahai Rasulullah SAW, kami melihat engkau membuka kasut, sebab itu kami juga membuka kasut. Beliau berkata : “Sesungguhnya Jibril mendatangiku, lalu memberitahuku bahawa ada kotoran ( Najis ) di kedua kasutku. Jika salah seorang diantara kamu mendatangi masjid, maka tengklah kasutnya. Kemudian lihatlah, jika ada kotoran (najis) pada keduanya, maka gosok-gosokkanlah ke tanah, setelah itu solatlah dengan memakai keduanya”. hadis riwayat Ahmad no. 1153, Abu Daud no. 605, Ibn Khuzaimah no. 1017. Pentahqiq kitab al-Musnad Imam Ahmad mensahihkannya.

Beberapa ulama Hadis ada menerangkan berkenaan isu ini.
  1. Imam Tirmidzi didalam kitab sunannya ketika meriwayatkan hadis pertama diatas berkata “Didalam bab ini terdapat hadis dari Abdullah Ibnu Masud,Abdillah bin Habibah,Abdillah bin Amr,Amr Bin Huraits,Syaddad bin Ans,Ats Tsaqafi,Abu Hurairah dan Atha’ dari bani hanidah.Dan hadis ini diamalkan oleh para ahli ilmu.
  2. Imam al-Iraqi didalam syarahnya terhadap kitab sunan Imam Tarmidzi Bahawa solat dengan memakai kasut diamalkan dan disukai oleh Umar Al-khatab,Uthman Ibnu Affan,Abdullah Ibnu Abbas,Anas bin Malik,Salamah bin Al-Akwa dan Aus ibnu Ath-Tsaqafi (RA)
Sabda Nabi Muhammad SAW 
“Berperilakulah yang berlawanan dengan orang-orang yahudi kerana mereka tidak mengerjakan solat dengan memakai sandal atau kasut mereka”
(Hadis dari Syaddan binAus dari Ayahnya,Sunan Abu Daud no:622). Hadis ini diucapkan oleh Nabi disebabkan pada awal penghijrahan umat Islam ke Madinah ketika itu di Madinah sudah ada kaum Yahudi yang tinggal disana.

Dan ada sebahagian kita akan ragu-ragu dengan sunnah ini tapi kita kena ingat bahawa Sunnah Nabi adalah lebih utama kita ikuti daripada pandangan kita sendiri atau keraguan nafsu. al-Imam Ibnu Qoyyim menyatakan dalam hal ini “Antara yang tidak menyenangkan hati orang yang was-was ialah solat dengan berkasut padahal ia adalah sunnah Nabi SAW dan para sahabat.” Imam Ahmad pernah ditanya mengenai solat berkasut, maka katanya “Demi Allah solat berkasut itu adalah baik benar”
Kenyataan saya ini bukanlah ingin mempromosi solat dengan memakai kasut. Bukan juga tidak lama lagi saya ingin mengeluarkan produk ‘kasut untuk solat’. Tidak sama sekali. Apatah lagi hendak menyeru orang ramai masuk kedalam masjid dengan memakai kasut memijak marmar, karpet, kayu yang indah-indah semata-mata mahu mengamalkan sunnah. Kalau saya jadi Tok Imam Masjid pun marah masuk pakai kasut. Kasihankan tok siak masjid. Namun ianya sekadar jawapan yang ditanya oleh beberapa pihak yang menolak dengan keras perilaku solat dengan memakai kasut walaupun di atas padang, dan di tempat yang sukar dihamparkan sejadah seperti adat kebiasaan kita turun temurun.
Saranan saya, kalau boleh buka kasut, buka sahaja untuk mengelakkan fitnah dari tersebar di kalangan masyarakat. Namun sekali sekala proses mempromosikan sunnah yang ditinggalkan ini juga perlu dilakukan dengan hikmah. Ini kerana, takut-takut, kita mengeji, menghina, mengutuk sesuatu yang bukan atas dasar ilmu. Sedangkan ianya merupakan sunnah dan petunjuk dari Nabi SAW.

Petikan di atas aku dapat dr Imam Muda Asyraf di sini.
 

Selasa, 10 Julai 2012

Rahsia Garam

20 Syaaban 1433

بسم الله الرحمن الرحيم


Ramai org kata xboleh makan garam byk sgt nnt darah tinggi, x elok dan sebagainya.. Tetapi tahukah anda garam mempunyai keistimewaan dan rahsia disebalik kewujudan garam..



Rahsia Garam... Amalan sunnah yang tak diketahui...

Amalan Rasulullah S.A.W memakan secubit garam sebelum dan selepas makan kini dibuktikan oleh sains bahawa tabiat ini menambahkan keberkesanan perut untuk menghadam makanan dan menghindarkan perut dari menyerap racun.

Pada zaman Yunani, Tentera Yunani ( askar Greek ) dibayar gaji menggunakan garam .Begitu juga dengan episod penjajahan negara kecil oleh negara besar dengan mengenakan hukuman penjara kepada penentang mereka .

Apabila dipenjarakan, mereka ( penentang ) akan diberi makanan seperti roti dan air tanpa garam.Walaupun kerap dihidangkan dengan roti dan air tanpa garam, badan mereka tetap lemah memandangkan kurangnya kandungan garam dalam badan.

Dari Abdullah Bin Umar


” Sesungguhnya ALLAH menurunkan empat perkara berkat ( mempunyai kebaikan ) dari langit ( menerusi hujan ) ke bumi iaitu besi, api ,air dan garam”

Hadis Riwayat Al-Baghawiy dalam tafsirnya .

Dari Anas Bin Malik, nabi bersabda ” Penghulu segala lauk pauk kamu ialah garam .

Dalam kitab perubatan Islam, untuk penyakit dari laut maka untuk keluarkannya dari badan/merawatnya dari laut juga iaitu menggunakan air garam. Antaranya:

1. Penyakit Gaut – timbus anggota badan atau bahagian yang bengkak dengan pasir laut ( tepi pantai ) 1 – 2 jam kemudian mandi air laut.

2. Kalau tinggal di bandar seperti , goreng 1 – 2 genggam garam kasar sampai kekuningan kemudian demah/tuam di bahagian yang bengkak atau sakit. Garam itu dibungkus dengan kain.

3. Guna cara yang sama seperti di atas untuk penyakit lenguh-lenguh sendi, sakit kepala, senggugut. Kalau sakit lelah demah/tuam pada tapak kaki.

4. Elak mabuk semasa perjalanan dengan meminum madu dan secubit garam atau air suam dan secubit garam sebelum memulakan perjalanan

5. Mengembalikan tenaga untuk orang yang bekerja berat seperti bertani, bersukan dan seumpamanya – minum air suam dan sedikit garam.

6. Cuci perut : minum air suam dan satu butir garam kasar sebelah pagi.

Petua berdasarkan kajian

Merendam kerang supaya hilang tahinya. Dalam kaedah perubatan Islam, sesuatu perkara yang buruk diubat dengan asalnya. Kerang berasal dari laut, dan garam digunakan untuk meneutralkan keburukannya (tahi).

Mengurang tahap kemasinan ikan masin. Ikan kering yang terlalu masin boleh dikurangkan kadar kemasinannya dengan merendam dalam air garam juga.

Merawat cirit-birit. Ia boleh diubati dengan meminum air yang dicampur sedikit garam.

Garam diguna untuk merawat kegatalan. Air yang dicampur garam disapukan pada kulit yang gatal.

Menambah imuniti badan akibat perubahan hawa/angin. Hal ini berlaku di sesetengah tempat di negeri Arab. Misalnya pelajar Malaysia yang berkunjung ke Arab akan mengalami alahan terhadap hawa/angin tempat baharu. Air garam diminum sebagai ubatnya.

Info diambil dari page Wujud.

Motivasi ke arah kebaikan dunia & akhirat

20 Syaaban 1433

بسم الله الرحمن الرحيم


Salam, moga hari ini adalah lebih baik dari semalam buat kita semua.. pejam celik, pejam celik sembilan hari lagi kita semua akan menyambut bulan Ramadhan yg penuh rahmat.. aku berdoa agar kita semua diberi kesempatan untuk bertemu Ramadhan dan melakukan ibadah sebanyak-banyaknya kerana di bulan ini lah kita Allah begitu bermurah mencurahkan pahala kepada hamba-hambaNya... 

Memandangkan nak masuk Ramadhan ni, mari kita membuat persiapan agar dapat melakukan ibadah dengan lebih khusyuk & ikhlas kerana Allah s.w.t.. Rasanya dah terlalu lama aku terleka dengan kehidupan dunia, syukur Allah masih memberi peluang pada aku utk mengingatiNya.. Sempena nak merubah diri kepada yg lebih baik jom kita perdengarkan di Youtube koleksi motivasi bersama ustaz Ebit Lew di 
IKIMfm.my. Aku memang rekemen korang semua dengar motivasi dr ustaz Ebit nie.. susah aku nak cakap kenapa tp korang dengarkan sendiri.. moga aku dan kita semua memperoleh hidayah dr Allah s.w.t.. amin.. 

Terdapat 25 siri kesemuanya.. Jomm! :)





Khamis, 28 Jun 2012

❀ 30 Orang PERTAMA Yang Patut Anak-Anak Tahu ❀

08 Syaaban 1433H
 
بسم الله الرحمن الرحيم


Alhamdulillah.. dapat lagi aku mencatat sedikit perkongsian pada hari ini.. owh tajuk hari ni agak menarik buat aku sebab pada masa yg sama aku pun baru tau 30 org pertama yang patut anak-anak tahu... pada sesapa yg dah tahu tu syukur.. pada yg belom mari sama-sama kita baca & ketahui.. :) 

Info ni aku dapat dari Facebook Excel Qhalif Consultancy & Services 
Ajarkan anak nama-nama orang yang PERTAMA di dalam membantu kebangkitan Islam yang syumul agar ianya menjadi TELADAN dan INSPIRASI bagi mereka.

1. Orang yang pertama menulis Bismillah : Nabi Sulaiman AS.

2. Orang yang pertama minum air zamzam : Nabi Ismail AS

3. Orang yang pertama berkhatan : Nabi Ibrahim AS.

4. Orang yang pertama diberikan pakaian pada hari qiamat : Nabi Ibrahim AS

5.. Orang yang pertama dipanggil oleh Allah pada hari qiamat : Nabi Adam AS

6. Orang yang pertama mengerjakan saie antara Safa dan Marwah : Sayyidatina Hajar (Ibu Nabi Ismail AS)

7. Orang yang pertama dibangkitkan pada hari qiamat : Nabi Muhammad SAW.

8. Orang yang pertama menjadi khalifah Islam : Abu Bakar AsSiddiq RA.

9. Orang yang pertama menggunakan tarikh hijrah: Umar bin Al-Khattab RA

10. Orang yang pertama meletakkah jawatan khalifah dalam Islam: Al-Hasan bin Ali RA

11. Orang yang pertama menyusukan Nabi SAW: Thuwaibah RA

12.. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan lelaki : Al-Harith bin Abi Halah RA

13. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan wanita: Sumayyah binti Khabbat RA

14. Orang yang pertama menulis hadis di dalam kitab / lembaran : Abdullah bin Amru bin Al-Ash RA

15. Orang yang pertama memanah dalam perjuangan fisabilillah : Saad bin Abi Waqqas RA

16. Orang yang pertama menjadi muazzin dan melaungkan azan: Bilal bin Rabah RA

17. Orang yang pertama bersembahyang dengan Rasulullah SAW : Ali bin Abi Tholib RA

18. Orang yang pertama membuat minbar masjid Nabi SAW: Tamim Ad-dary RA.

19. Orang yang pertama menghunuskan pedang dalam perjuangan fisabilillah : Az-Zubair bin Al-Awwam RA

20. Orang yang pertama menulis sirah Nabi SAW: Ibban bin Othman bin Affan RA

21. Orang yang pertama beriman dengan Nabi SAW : Khadijah binti Khuwailid RA

22. Orang yang pertama mengasaskan usul fiqh : Imam Syafei RH.

23. Orang yang pertama membina penjara dalam Islam: Ali bin Abi Tholib RA

24. Orang yang pertama menjadi raja dalam Islam : Muawayah bin Abi Sufyan RA

25. Orang yang pertama membuat perpustakaan awam : Harun Ar-Rasyid RH

26. Orang yang pertama mengadakan baitulmal : Umar Al-Khattab RA

27. Orang yang pertama menghafal Al-Quran selepas Rasulullah SAW: Ali bn Abi Tholib RA

28. Orang yang pertama membina menara di Masjidil Haram Mekah : Khalifah Abu Ja'far Al-Mansur RH.

29. Orang yang pertama digelar Al-Muqry : Mus'ab bin Umair RA.

30. Orang yang pertama masuk ke dalam syurga : NABI MUHAMMAD SAW. Allahu Akbar !

Jumaat, 22 Jun 2012

Doa ketika menghadapi Musibah

02 Syaaban 1433H
بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan nama Allah yg maha pemurah lagi maha mengasihani.. Segala puji bg Allah, dapat lagi aku menulis di ruangan ini.. sudah agak lama aku tidak mengemaskini blog nie.. sejak akhir2 ni begitu byk musibah yg aku & suami tempuhi.. Moga dengan segala ujian yg diberikan, Allah akan meningkatkan lagi tahap keimanan & merahmati kami sekeluarga.. insyaAllah.. Hanya kepada Allah aku memohon petunjuk & pertolongan kerana tidak akan terjadi sesuatu itu tanpa izinNya.. Maha suci Allah, yg terbaru ayah mertuaku tetiba ditimpa sakit yg sehingga hari ini genap 5 hari, doktor masih tidak mengetahui apekah penyebab sakitnya itu.. Hanya Allah yg maha mengetahui.. aku anggap perkara ini adalah musibah kerana Allah ingin menguji tahap keimanan hambaNYa.. Ya Allah, hanya kepada Engkau aku berserah..

Berat mata memandang, berat lagi bahu yg memikul. Moga Allah mengampunkan segala dosa ayah mertuaku serta dosa-dosa kami. Ya Allah dengan izinMu, sembuhkan sakit yg sedang ayah mertuaku hadapi ini serta moga dia kembali sehat seperti sediakala. Ameen..


Sesungguhnya tempat yang paling baik kita mengadu ialah kepada Allah SWT. Kita bangun malam, bersolat tahajud. Kemudian menangis dan merintih kepada Allah kerana Dialah sebaik-baik tempat pengaduan. Kita mesti yakin Dia sahaja yang dapat menolong. Oleh itu, apabila ditimpa musibah, sebutlah seperti apa yang Allah firmankan di dalam Al Quran iaitu orang-orang yang ditimpa musibah mengucapkan:

Maksudnya:
(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: “Sesungguhnya Kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah Kami kembali.” (Al Baqarah 02:156)

Nabi juga berpesan jika ditimpa musibah, supaya ditambahkan pula dengan doa:
HR. Abu Dawud 3/190, dan lihat Shahihul Jami’



“Innaa lillaahi wa innaa ilaihi raaji’uun. Allaahumma’jurni fii musiibatii wa akhliflii khairan minhaa”

Maksudnya :
Sesungguhnya kami milik Allah dan kepadaNya kami akan kembali (pada hari kiamat). Ya Allah! Berilah pahala kepadaku dan gantilah aku dengan lebih baik(dari musibahku).

Doa ini disebut doa istirja’ yang artinya: mengucapkan “Innaa lillaahi wa innaa ilaihi raaji’uun.” Doa ini dibaca ketika kita ditimpa musibah, supaya kita diberi pahala dan pengganti yang lebih baik dari musibah tersebut.

Selasa, 12 Jun 2012

Lagu tahun 80an - English

22 Rejab 1433H

Salam..

Tengok tajuk mcm besh jer lagu tahun 80an. Aku letak tajuk tu bukannya bermaksud aku nak senaraikan sumer lagu yg femes masa zaman ni.. yg aku nak highlight cume ade beberapa lagu je yg aku rase xley nak lupa sampai skang and aku rase kalau lagu2 ni masih berkumandang, anak2 kita pun akan suke ngan lagu2 nie.. lagu2 zaman skang ni kebanyakkannya mmg x kene ngan selera aku & mcm dah x tentu arah lagu nyer.. jadi mmg tak heran kalau korang tanya aku apa lagu terkini, sapa penyanyi yg femes, lagu apa yg top 10.. ermm konpem aku x tau.. yg aku tau skang negara tgh sebok mempromosi parti masing2 utk mentadbir negara.. okay kita lupekan pasal tu.. berbalik kepada tajuk asal, haa ni aku nak kongsi sikit 2, 3 lagu kegemaran aku dari sejak aku kecil sampai lar skang nie..

1. We are the World - 1985
    Written by Michael Jackson and Lionel Richie.


2. Bryan Adams - (Everything I Do) I Do It For You

3. Richard Marx - Now & Forever , Right here waiting


4. Wham! - Wake Me Up Before You Go Go ( ni lagu mase hari sukan aku mase tadika tahun 1986) perghh mmg takley lupe)

5. Kenny Loggins - Footloose




6. My Endless Love - Song by: Diana Ross and Lionel Richie

7. Irene Cara - Fame

8. Culture Club - Karma Chameleon

9. Stevie Wonder - I Just Called To Say I Love You

10. Belinda Carlisle - Heaven Is a Place On Earth

11. Bill Medley & Jennifer Warnes - The Time of My Life

12. Glenn Medeiros - Nothing's Gonna Change My Love For You

13. Linda Ronstadt & Aaron Neville - Don't Know Much

14. Martika - Toy Soldiers

15. Elton John - Sacrifice

16. Lisa Stansfield - All Around The World

17. Natalie Cole - Miss You Like Crazy

18. Air Supply - The One That You Love


erm udah2 ler tu.. kalau nak senaraikan mmg terlalu byk. yg aku senaraikan ni secara random je.. korang comparekan ler sendiri beza x lagu zaman dulu ngan zaman skang? ehh tapi yg aku senaraikan nie sume lagu omputih jer.. lagu melayu tahun 80an pun byk gak yg besh.. cume aku x sempat nak senaraikan.. hehehe 
okeh.. selamat cari sendiri lagu2 nie yer mana2 yg aku tak upload tu.. :p



Khamis, 7 Jun 2012

Ini baru kaya yg sebenar...

17 Rejab 1433H


بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah, hari ni aku terbaca kisah menarik tentang usahawan yg rata-rata pasti pernah mendengar atau melihat Al-Rajhi bank.. aku pun baru tahu hari ni pemilik yg mengusahakan bank Al-Rajhi ni.. Nama beliau ialah Sulaiman al-Rajhi.. kalau dah kate pemilik bank tambahan pula berasal dari negara arab mmg confirm beliau ni org yg kaya raya.. wahhh mesti ramai yg nak jadi mcm beliau kan.. tapi tahukah korang yg skang ni beliau cuma tinggal sehelai sepinggang jer.. 


Subhanallah... Aku mmg respect org yg mcm nie, sanggop melepaskan kekayaan yg telah dikurniakan kerana Allah..beliau bermula dari bawah utk menjadi org yg sgt berjaya dan akhirnya beliau telah membahagikan segala harta kekayaannya kepada anak2 dan projek2 wakaf.. dasyatkan? mmg dasyat.. org yg mcm ni yg patut kita jadikan contoh sebab manusia zaman skang ni dok sebok mencari harta dunia & hampir terlupa nak cari bekalan di akhirat, nauzubillah.. walaubagaimanapun contoh yg terbaik sudah semestinya ialah nabi Muhammad s.a.w...

Secara ringkasnya Sulaiman al-Rajhi adalah pemilik Al-Rajhi Bank iaitu bank Islam paling besar di dunia. Anggaran harta beliau yang dimiliki oleh Forbes adalah USD 7.7 bilion dan adalah org yg ke 120 terkaya di dunia! (kalau 7.7billion org ke 120 terkaya, erm aku ni yg simpanan seciput??? isk isk isk.. papepun alhamdulillah hehehe)

Namun kini beliau hanya tinggal sehelai sepinggang kerana beliau dengan sukarelanya telah memberi segala harta pada anak2 dan diwakafkan kerana Allah s.w.t. Ini adalah contoh orang kaya yang beriman yang dapat kita jadikan teladan selain dari kisah Ahmad Dawjee Dadhaboy yang mewakafkan tanahnya di ‘Golden Triangle’ Kuala Lumpur. 

Bagaimana Sulaiman al-Rajhi Bermula? 

1. Bermula dengan bisnes money exchange dan melihat masih belum ada bank Islam yang wujud, kira-kira 30 tahun dahulu.


2. Berjumpa dengan pengurus (CEO barangkali) Bank of England dan juga pelbagai bank pusat tentang idea bank Islam, menyakinkan mereka bagaimana perbankan halal dapat mengukuhkan lagi ekonomi dunia kerana orang Islam dan Kristian tidak dapat berurusniaga dengan riba.

3. Bermula di London dan setelah berjaya kembali ke Arab Saudi dengan sokongan mufti besar, Sheikh Abdul Aziz Bin Baz. 

Menjadi Miskin Semula Setelah Kaya  

1. Beliau pernah jatuh sebanyak dua kali, dan ‘miskin’ kali ketiga ini merupakan kehendaknya sendiri dan ia memberikan ketenangan dalam diri. Hartanya telah diberikan kesemuanya kepada anak-anak dan projek-projek wakaf.  

2. Sebahagian harta telah dibahagikan terlebih dahulu kepada anak-anaknya untuk mengelakkan isu perebutan harta yang merugikan syarikat, masyarakat dan negara.

3. Sebahagian yang lain digunakan untuk projek-projek wakaf SAAR Foundation dan kesemua ini dilakukan semasa masih hidup dan bukan efektif selepas mati seperti yang selalu dibuat ramai orang. 

Bertindak, bukan Sekadar Komplen 

Antaranya …

1. Beliau menyedari pada zamannya tidak wujud bank Islam, maka dengan usaha keras beliau bermula dari bawah.

2. Beliau melihat proses sembelihan yang tidak sempurna, lalu beliau menubuhkan syarikat yang mengatasi hal berkenaan; al-Watania Poultry. Kini menguasai 40% pasaran di Arab Saudi.

3. Beliau juga sedar terlalu banyak bahan kimia dalam makanan, maka al-Watania Agricultural terlibat pula menanam sayur secara organik untuk memastikan lebih ramai yang makan makanan yang bebas bahan kimia berbahaya. 

Pendidikan Kewangan Anak-anak


1. Memastikan anak-anak pandai menguruskan bisnes dan pelaburan sendiri seperti anak-anak perlu ‘bekerja’ untuk mendapatkan duit. Tiada istilah dapat duit ‘in exchange of nothing’.

2. Menjadi mentor terbaik untuk semua anak-anaknya. 

3. Sesibuk mana pun menguruskan bisnes dan pelaburan, pastikan persaudaraan sesama keluarga dijaga dan juga kehidupan di akhirat. 

Lagi Yang Menarik 

1. Tidak suka membazir; kenapa perlu pasang langsir tebal dan memasang lampu sedangkan Allah swt telah beri cahaya pada siang hari secara percuma?

2. Bisnes vs peribadi; memiliki ekuiti syarikat penerbangan dan masih membayar untuk tiketnya.

3. Merendah diri; masih menaiki penerbangan kelas ekonomi.

4. Menepati waktu; mempelajarinya pada awal memulakan bisnes kerana pernah lewat beberapa minit menghadiri mesyuarat dengan pegawai syarikat terkemuka di Eropah dan pegawai tersebut enggan berjumpanya kerana kelewatan tersebut.

5. Tegas dengan prinsip Islam; dijemput menghadiri jamuan makan malam. Keluar dari jamuan tersebut selepas menyedari ada program hiburan yang menyalahi syariat. Menteri bertanggungjawab akhirnya membatalkan program tersebut bagi membolehkan beliau berada dalam majlis tersebut. Itulah kuasa orang kaya yang beriman.

6. Semuanya baik-baik; Alhamdulillah. Itulah ucapan dari mulut beliau apabila mendengar kilang-kilangnya terbakar. Bukan sekali kejadian itu berlaku, tetapi dua kali.

7. Semuanya Allah punya; kita cuma pemegang amanah di atas muka bumi.

p/s: kat atas ni sumber yg di petik dari myibrah.com & pakdi.net.. sumber asal kat sini


Selasa, 29 Mei 2012

Solat Sunat Dhuha

8 Rejab 1433H

بسم الله الرحمن الرحيم


Salam, hari ni aku nak share tentang solat sunat Dhuha.. Aku pasti ramai di antara korang yg biasa dengar tentang solat sunat Dhuha ni.. Alhamdulillah pada korang yg dah jadikan solat Dhuna ni sebagai amalan harian & sesapa yg belum mulakan jom lar kita start dari skang.. tapi make sure solat yg wajib tu diutamakan.. bile yg wajib dah sempurna, yg sunat tu pasti x menjadi masalah.. 

Memula nak solat dhuha ni kita kene tau bile masa yg seswai.. solat dhuha ni x boleh di lakukan sesuke hati jer..

* Waktu untuk mengerjakan solat Dhuha adalah sewaktu matahari mulai naik iaitu sebaik sahaja berakhirnya waktu yang diharamkan solat setelah solat Subuh (12 minit setelah matahari terbit atau untuk lebih berhati-hati laksanakannya setelah 15 minit) sehingga sebelum matahari condong atau tergelincir ketika tengahari (10 minit sebelum masuk waktu Zuhur atau untuk lebih berhati-hati laksanakannya sebelum 15 minit). Menurut Syaikh al-‘Utsaimin di dalam Asy-Syarhul Mumti’:

Namun demikian waktu yang afdal adalah pada saat matahari panas terik (iaitu diantara pukul 8.30am hingga 11am). 

Niatnya pulak.. niat utk dua rakaat.

أصَلِّي سُنَّةَ الضُحَى رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ

Sahaja aku mengerjakan sembahyang sunat dhuha dua rakaat kerana Allah Ta'ala  



Jumlah rakaat solat Dhuha paling minimal adalah dua rakaat dan ia boleh dikerjakan dengan sebanyak enam, lapan dan dua belas rakaat. tu yg stakat aku tahu 12 rakaat x jumpe lagi yg kata buat lebih dari tu..

Ringkasan Tatacara Mengerjakan Solat Dhuha

  Rakaat Pertama

1)      Berniat di dalam hati untuk mengerjakan solat Dhuha
2)      Takbiratul Ihram
3)      Doa Iftitah
4)      Membaca surah al-Fatihah
5)      Membaca Surah al-Qur’an
6)      Rukuk
7)      Iktidal
8)      Sujud
9)      Duduk antara dua sujud
10)    Sujud kali kedua
11)    Bangun untuk rakaat kedua
 
Rakaat Kedua
1)      Ulang seperti rakaat pada pertama dari nombor (4) hingga (10)
2)      Duduk untuk tahiyyat akhir
3)      Memberi salam ke kanan dan ke kiri

Hmm.. senang kan wat solat sunat Dhuha nie.. tp korang mesti nak tau ape kebaikan yg kita dapat dengan wat solat Dhuha nie kan? betul tak? ni diantara kebaikannya..

Skang korang dah pun tahu kebaikannya kan, jadi esok korang dah bole mula amalkan.. bila kita dah mula buat skali lepas tu mesti kita suke nak buat hari2.. :) Owh aku nak selitkan gak doa dhuha dari kumpulan UNIC...


  p/s: nak start buat tu mmg liat tp kita kene lawan bisikan syaitan tu.. kita telah dijadikan oleh Allah lebih mulia dari syaitan, jadi kenapa kita nak dengar kata dia pulak kan?? lawan tetap lawan! buktikan pada syaitan yg kita ni x mudah termakan pujuk rayu dia tu... shooh shooh gi setan main jauh2! hehehehe :D

Khamis, 24 Mei 2012

Make Me A Muslim

 3 Rejab 1433H


بسم الله الرحمن الرحيم

Salam.. Hari ni aku ada benda yg best untuk di kongsi dengan korang.. Ianya sebuah dokumentari yg sesuai untuk ditonton oleh semua pihak tidak kira Islam atau berlainan agama... Nama dokumen ni "Make Me A Muslim" sebuah rancangan dari British. Better tgk rancangan ni jika nak compare ngan rancangan hiburan cam kilauan emas, mentor menti n akademi fantasia tu.. sian kt org2 yg masuk kilauan emas tu.. patutnya bile dah umur2 camtu dah xmo pk lg dah nak masuk pertandingan yg mcm tu kan lg2 yg mmg beragama Islam.. sedih :(  Kat bawah ni preview rancangan ni.. Thanx to Blog Serius for this post!


p/s: Aku pun lom tgk sampai hbs lagi sampai part 5! jom layan dari xde wat pape.. :)

Selasa, 22 Mei 2012

Rejab

 بسم الله الرحمن الرحيم



Doa yang baik untuk diamalkan bila memasuki bulan Rejab, "Allahumma Baariklana fi rajab,wa syaaban wa balighna Ramadhan", maksudnya: Ya Allah, berkatilah kami pada bulan Rejab dan Sya'ban dan sampaikan kami ke bulan Ramadhan." (Hadis Riwayat Baihaqi)

Satu perkara yang perlu juga dijelaskan ialah tiada amalan khusus dalam bulan Rejab yang diriwayatkan oleh Rasulullah SAW dari hadis-hadis sahih. Amalan tertentu seperti solat sunat Rejab, puasa Rejab dan umrah di bulan Rejab adalah bersandarkan kepada hadis-hadis lemah.

PERISTIWA PENTING BULAN REJAB

1. Hijrah Pertama Dalam Islam

Ada di kalangan sahabat yang mengadu kepada Rasulullah SAW tentang derita yang mereka tanggung apabila pihak Musyrikin Mekah meningkatkan tekanan dan ancaman kepada Baginda dan orang yang beriman. Lalu Rasulullah memerintahkan agar mereka berhijrah ke negeri Habsyah.

Tujuan hijrah ini untuk menyelamatkan iman, keselamatan diri dan mencari tapak baru untuk agama Islam berkembang. Di antara yang berhijrah ialah Saidina Othman RA dan Isterinya Roqiah anak Rasulullah dengan jumlah kesemuanya adalah 14 orang. Habsyah dipilih kerana rajanya dikenali dengan sikap terbuka dan bertoleransi.

2. Israk dan Mikraj

Israk dan Mikraj ertinya Rasulullah SAW dijalankan dari Mekah ke Baitulmaqdis di waktu malam dan diangkat ke langit bertemu Allah SWT dan untuk mengambil kewajipan solat 5 waktu dari Allah SWT.

Terdapat khilaf ulamak mengenai tarikh sebenar berlakunya peristiwa ini tetapi jumhur ulamak bersepakat menerima ianya berlaku pada 27 Rejab. Tetapi berlakunya peristiwa itu tidak penting kerana apa yang lebih penting ialah umat Islam wajib meyakini bahawa peristiwa ini adalah benar-benar berlaku ke atas diri Rasulullah SAW berdasarkan dalil qatie dari al quran dan hadis sahih.

3. Peperangan Tabuk

Peperangan Tabuk berlaku dalam tahun 9 hijrah di satu kawasan bernama Tabuk di utara Semenanjung Arab dengan bala tentera Rasulullah SAW seramai 30,000 orang. Akhirnya peperangan tidak berlaku kerana tentera Rom telah melarikan diri kerana takut kepada kekuatan dan kecekalan tentera Islam yang sanggup menghadapi pelbagai cabaran.Ia juga peperangan terakhir yang disaksikan oleh Rasulullah SAW.

4. Pembebasan Baitul Maqdis

Baitul Maqdis telah dibuka pada zaman pemerintahan Saidina Umar bin Al Khattab RA. Akibat kelalaian dan perpecahan umat di zaman pemerintahan Abbasiyah,orang kristian(tentera Salib) telah melakukan serangan bertubu-tubi ke atas Baitul Maqdis dan akhirnya berjaya ditawan setelah 500 tahun dikuasai pemerintahan Islam. Tentera Salib telah mendudukinya selama 50 tahun sebelum dibebaskan kembali tentera Islam di bawah panglima perang Salehuddin Al Ayubi yang berjaya ditawan pada hari Jumaat 27 Rejab 583H. Pada tahun 1967/1387H, umat Yahudi pula menawan Baitul Maqdis dan menamakan negara baru mereka dengan nama Israel.

5.Lahirnya Imam Syafie RH

Nama sebenar Imam Syafie ialah Muhammad bin Idris. Beliau lahir di Ghuzah, Palestine pada tahun 150H bersamaan 767M. Merupakan salah seorang daripada imam mazhab yang empat dan Malaysia adalah antara negara yang majoriti mengamalkan mazhab syafie. Salah satu peninggalan beliau yang amat berharga dan tidak ternilai harganya hingga menjadi rujukan hingga kini ialah Kitab Al Umm.

Isnin, 21 Mei 2012

Kekeliruan tentang Fadhilat bulan Rejab

29 Jamadil Akhir 1433H

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam buat semua... Syukur Alhamdulillah kerana kita masih dipanjangkan umur untuk bertemu bulan Rejab yg dimuliakan Allah s.w.t. Sempena meraikan bulan yg mulia ini, aku ingin berkongsi dengan seluruh umat Islam bahawa sebanarnya terdapat banyak hadith2 palsu yg telah dikaitkan dengan bulan Rejab.. Perkara ini adalah amat membimbangkan kerana kita juga akan turut sama berdosa jika menyebar atau mempercayai hadith2 tersebut.. Moga kita semua dilindungi Allah s.w.t..

 


Di antara hadith-hadith Hadis-hadis Palsu Yang Popular di Bulan Rejab

1. "Sesungguhnya di Syurga ada sungai yang dinamakan ‘Rejab’ airnya lebih putih dari susu dan lebih manis  dari madu, barangsiapa yang puasa satu hari pada bulan Rejab maka Allah akan memberikan minum kepadanya dari air sungai itu.”(Periwayat majhul(periwayat tidak dikenali).Imam adz-Dzahaby berkata: “Mansyur bin Yazid al-Asadiy meriwayatkan darinya, Muhammad al-Mughirah tentang keutamaan bulan Rejab. Mansyur bin Yazid adalah rawi yang tidak dikenal dan khabar (hadits) ini adalah bathil.” (Lihat Mizaanul I’tidal (IV/ 189)

2. "Barang siapa yg berpuasa sehari pada bulan Rejab (ganjarannya) sama dengan puasa sebulan."Periwayat matruk(periwayat suka berdusta).(Kata Imam an-Nasa’i: “Furaat bin as-Saa’ib Matrukul hadits.”)

3. "Rajab bulan Allah, Sya’ban bulanku dan Ramadhan adalah bulan ummatku."Kata Syaikh ash-Shaghani (wafat th. 650 H): Hadits ini maudhu(palsu)

4. "Barang siapa yg berpuasa 3 hari pada bulan Rejab, dituliskan baginya ganjaran puasa satu bulan dan barang siapa yg berpuasa 7 hari pada bulan Rejab maka Allah tutupkan daripadanya 7 pintu-pintu api neraka. Dan barangsiapa yg berpuasa 8 hari pada bulan Rejab maka Allah membuka baginya 8 buah pintu dari pintu-pintu syurga, dan barang siapa yg berpu! ! ! asa separuh dari bulan Rejab maka dia akan di hisab dengan hisab yg mudah."Periwayat matruk.Imam an-Nasa-i berkata: “Dia Matrukul Hadits.” Sedangkan kata Imam al-Bukhari: “Dia dituduh sebagai pendusta.”


Apabila kita baca hadith2 diatas pasti kita akan terpesona dengan ganjaran yg diperolehi tapi MasyaAllah ianya semua palsu.. Alhamdulillah, syukur kerana kita masih diberi kesempatan untuk memohon keampunan pada Allah sekiranya kita telah menyebarkan atau mempercayai hadith-hadith di atas..

Di bawah adalah petikan yg diambil dr seorang hamba Allah...


"Seorang lelaki telah bertanya Rasulullah saw, katanya : Bulan mana kamu perintahkanku berpuasa selepas Ramadan? Maka Rasulullah saw berkata : Jika aku berpuasa selepas Ramadan, maka berpuasalah dibulan Haram, maka sesungguhnya didalamnya dari Taubat Allah swt keatas satu kaum, dan terdapat taubat didalamnya untuk satu kaum yg lain"(Riwayat Ahmad)

// Bulan-bulan haram iaitu Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab


\\ Hadis-Hadis Bulan-Bulan Rejab kebanyakkannya adalah Mawdhu' (Palsu). Pendustaan terhadap Rasulullah saw. (Al-Saqr, Al Qardhawi) 


// Tidak ada solat dan zikir khas untuk bulan Rejab (Al-Saqr, Al-Qaradhawi). 


\\ Bulan Rejab seperti bulan-bulan Haram yg lain disunatkan melakukan Puasa sunat dan banyakkan bertaubat. ( Imam Al-Sya'rawi) 


// Berpuasa pada bulan Rejab tidak sepenuhnya dan Sya'ban tidak sepenuh bulan (Al-Qardhawi) 


\\ Rejab tidak mempunyai kelebihan dari bulan-bulan yg lain, kecuali kelebihan sebagai bulan-bulan Haram.(Syed Sabiq) 


// Tidak boleh HANYA berpuasa dibulan Rejab sahaja, dimana 3 bulan-bulan yg Haram yg lain tidak langsung diberi keutamaan melakukan puasa (Mazhab Hanbali- Al-Jaziry)

Wallahualam..

Khamis, 17 Mei 2012

Al-Fatihah di dalam solat

25 Jamadil Akhir 1433H

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam buat semua yg sudi membaca perkongsian aku hari ni.. Syukur Alhamdulillah, semakin hari semakin kuat perasaan aku untuk mendekatkan diri pada Allah & mencintai Nabi Muhammad S.A.W.. sblom ni mmg pernah terdetik pada diri aku utk lebih mendekatkan diri padaNya tapi tiada apa yg aku lakukan utk ke arah itu hanya mengharapkan pada doa yg dilakukan stiap kali selepas solat.. Aku yakin yg Allah telah memperkenankan doa suamiku, ibu bapaku & juga doa sahabat2 yg ingin aku sentiasa mendekatkan diri pada Allah & Rasul.. syukran pada semua yg telah mendoakan aku serta muslimin & muslimat.. Aku harap setiap diantara kita akan memperoleh hidayah dari Allah s.w.t..

Kita semua tahu yg iman itu tidak diwarisi & tidak semua orang akan memperoleh hidayah dari Allah.. tapi percayalah jika kita berusaha memperbaiki diri kita dan  bersungguh sungguh ingin mendekatkan diri padaNya, Allah pasti akan menunjukkan jalannya dan secara tidak langsung semakin hari iman kita akan bertambah tanpa kita sedari.. yg paling utama jangan henti berdoa dan memohon padaNya.. 



Ya Allah sesungguhnya Engkaulah maha pemurah lagi maha mengasihani.. x terbalas segala yg aku ada untuk mengucapkan tanda syukurku padaMu ya Allah tetapi hanyalah dengan sentiasa memgingatiMu & sentiasa memperbaiki diri ini ya Allah..
Ya Rabb terlalu byk yg perlu ku pelajari utk mendekatkan diri ku pada Mu, engkau berilah aku masa utk aku lebih mengenali Engkau & nabi Muhammad s.a.w..



Hari ni aku nak share ngan korang satu video pada bulan puasa yg lepas (2011) tentang bacaan Al-fatihah dari ustaz Zulkarnain sewaktu solat fardhu & sunat yg kita lakukan setiap hari... Dulu aku pernah terdengar dari ustaz yg mengatakan sewaktu kita bersolat itulah waktu kita sedang berkomunikasi dengan Allah.. tapi aku x pernah tahu n rase perasaan berkomunikasi dengan Allah sewaktu solat sehinggalah aku menonton video nie.. Aku memohon agar kita semua akan lebih khusyuk di dalam solat selepas menonton video nie..

Allahu Akbar!






Jumaat, 11 Mei 2012

Pendamping Manusia

19 Jamadil Akhir 1433H
 

                                                                بسم الله الرحمن الرحيم


Salam Jumaat buat muslimin & muslimat yg dirahmati Allah... Sebagai tazkirah untuk hari ni aku nak share dengan korang tentang pendamping manusia atau lebih tepat lagi Qarin. Mungkin ramai di antara korang yg dah pernah dengar ttg qarin tapi kurang jelas mengenainya.. Pendamping manusia.. "Pendamping? Ape tu? Maknanya??" itu diantara soalan yg muncul dari bibirku dengan muka tak paham sewaktu sedang bersembang bersama suami.. Suami pun menerangkan serba sedikit berdasarkan pengetahuannya.. Walaupun dah tahu, aku masih nak carik info yang lebih jelas untuk kepuasan diri melalui kaedah internet sbb aku ni jarang baca buku tp rajin ngadap komputer... :)



    "Qarin adalah jin yang dicipta oleh Allah sebagai pendamping manusia. Boleh dikatakan ia sebagai ‘kembar’ manusia. Setiap manusia yang dilahirkan ke dunia ini pasti ada Qarinnya sendiri. Rasulullah s.a.w sendiri tidak terkecuali. Cuma bezanya, Qarin Rasulullah adalah Muslim. Manakala yang lainnya adalah kafir.
Pada umumnya Qarin yang kafir ini kerjanya mendorong dampingannya membuat kejahatan. Dia membisikkan was-was, melalaikan solat, berat nak baca Al-Quran dan sebagainya. Malah ia bekerja sekuat tenaga untuk menghalang dampingannya membuat ibadah dan kebaikan.

Firman Allah: “Dan sesiapa yang tidak mengindahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu (Qarin) temannya yang tidak renggang daripadanya.” (Az-Zukhruf 43:36)
Untuk mengimbangi usaha Qarin ini Allah utuskan malaikat. Ia akan membisikkan hal-hal kebenaran dan mengajak membuat kebaikan. Maka terpulanglah kepada setiap manusia membuat pilihan mengikut pengaruh mana yang lebih kuat. Walau bagaimanapun orang-orang Islam mampu menguasai dan menjadikan pengaruh Qarinnya lemah tidak berdaya. Caranya dengan membaca “Bismillah” sebelum melakukan sebarang pekerjaan, banyak berzikir, membaca Al-Quran dan taat melaksanakan perintah Allah.

Rasulullah s.a.w bersabda: “Tiada seorang pun daripada kamu melainkan sudah diwakili bersamanya Qarin daripada jin dan malaikat. Mereka bertanya: “Engkau juga ya Rasulullah?” Sabdanya: “Ya aku juga ada, tetapi Allah telah membantu aku sehingga Qarin itu dapat ku islamkan dan hanya menyuruh aku dalam hal kebajikan sahaja.” (Hadith Riwayat Muslim dan Ahmad)

Aisyah r.a menceritakan bahawa pada suatu malam Rasulullah s.a.w keluar dari rumahnya (Aisyah), lalu Aisyah berkata: “Aku merasa cemburu.” Tiba-tiba Baginda s.a.w berpatah balik dan bertanya: “Wahai Aisyah apa sudah jadi, apakah engkau cemburu?” Aku berkata: “Bagaimana aku tidak cemburu orang yang seumpama engkau ya Rasulullah.” Sabda Baginda s.a.w: “Apakah engkau telah dikuasai oleh syaitan?” Aku bertanya: “Apakah aku ada syaitan?” Sabda Baginda s.a.w: “Setiap insan ada syaitan, iaitu Qarin.” Aku bertanya lagi: “Adakah engkau pun ada syaitan ya Rasulullah?” Jawab Baginda: “Ya, tetapi Allah membantuku sehingga Qarinku telah masuk Islam.” (Hadith Riwayat Muslim)

Di dalam hadith lain Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Aku dilebihkan daripada Nabi Adam a.s dengan dua perkara, iaitu pertama syaitanku kafir lalu Allah menolong aku sehingga dia Islam. Kedua, para isteriku membantu akan daku tetapi syaitan Nabi Adam tetap kafir dan isterinya membantu ia membuat kesalahan.” (Hadith Riwayat Baihaqi)

Ibn Muflih al-Muqaddasi menceritakan: Suatu ketika syaitan yang mendampingi orang beriman, bertemankan syaitan yang mendampingi orang kafir. Syaitan yang mengikuti orang beriman itu kurus, sedangkan yang mengikuti orang kafir itu gemuk. Maka ditanya mengapa engkau kurus, “Bagaimana aku tidak kurus, apabila tuanku masuk ke rumah dia berzikir, makan dia ingat Allah, apabila minum pun begitu.” Sebaliknya syaitan yang mengikuti orang kafir itu pula berkata: “Aku sentiasa makan bersama dengannya dan begitu juga minum.”

Qarin akan berpisah dengan ‘kembarnya’ hanya apabila manusia itu (kembarnya) meninggal dunia. Roh manusia akan ditempatkan di alam barzakh, sedangkan Qarin terus hidup kerana lazimnya umur jin adalah panjang. Walau bagaimanapun, apabila tiba hari akhirat nanti maka kedua-duanya akan dihadapkan ke hadapan Allah untuk diadili. Tetapi Qarin akan berlepas tangan dan tidak bertanggungjawab atas kesesatan atau kederhakaan yang dilakukan manusia itu."

Petikan di atas di petik dr syahirul.com




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...