Memaparkan catatan dengan label agama. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label agama. Papar semua catatan

Isnin, 30 Julai 2012

Maa syaa a Allah - ما شاء الله

10 Ramadhan 1433

بسم الله الرحمن الرحيم


Salam semua.. Tahukah anda apakah yg dimaksudkan dengan MaasyaAllah? Seringkali aku mendengar dan suatu ketika dahulu aku juga telah menggunakan kalimah MasyaAllah ini apabila melihat atau mendengar sesuatu perkara yg tidak baik atau tidak disenangi.. adakah ia sebenarnya sesuai disebut pada ketika itu?

Apakah yg dimaksudkan dengan MaasyaAllah? "MasyaAllah" bermaksud "apa yang diKehendaki Allah" atau "As Allah Willing" atau "As God Willing". Mari kita lihat dengan lebih mendalam, perkataan Maa-Syaa-a-Allah ini sebenarnya terbahagi kepada 3 perkataan :

1. Ma (مَا ) - harf (huruf atau particle), yang boleh membawa maksud Dia yang (الَّذِي) (he whom, that which, which, what ever, what so ever) Apa (مَاذ) dan juga bukan (not,لَمْ ).

2. Syaa-a (شاءَ) - fa'il (perbuatan atau verb), yang membawa maksud (أَرَاد) - kehendak, keinginan, (design to , be willing(to) , designate , intend ). Kamus al-Muwrid menambah - "to want, wish, desire, will, be willing (to), to intend, purpose, have in mid".

3. Allah ( الله) - Isim (nama atau nouns).

"Apa yang Allah kehendaki", "As Allah willing " ما شاء الله

Didalam scenario kita di Nusantara, perkataan Maa-Syaa-a-Allah ini menunjukkan keta'juban atau terkejut atau sesuatu yang mengemparkan. Di negara Arab, perkataan Maa-Syaa-a-Allah disebut sebagai menandakan kegembiraan. Keadaan dan suasana perkataan Maa-Syaa-a-Allah digunakan dengan pelbagai maksud. Akan tetapi, maksudnya tidak berubah :- dari segi kegembiraan pun ia merupakan "Apa yang Allah kehendaki" dan juga terperanjat juga merupakan "Apa yang Allah kehendaki". Ibn Kathir menyatakan bahawa terdapat dikalangan salaf apabila melihat perkara yang ajaib mengenai harta dan anak akan menyebut :-

ما شاء الله لا قوة إلا بالله
"Maa-Syaa-aAllah La Quwata illa billlah"

Sebagaimana firman Allah swt :-

وَلَوْلَا إِذْ دَخَلْتَ جَنَّتَكَ قُلْتَ مَا شَاءَ اللَّهُ لَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ إِنْ تَرَنِ أَنَا أَقَلَّ مِنْكَ مَالًا وَوَلَدًا 
 
"Dan sepatutnya semasa engkau masuk ke kebunmu, berkata: (Semuanya ialah barang yang dikehendaki Allah)! (tiada daya dan upaya melainkan dengan pertolongan Allah)? Kalau engkau memandang aku sangat kurang tentang harta dan anak berbanding denganmu." [al-Kahfi : 39].

1. Yang salah ialah apabila kagum melihat maksiat, perkara buruk dsb lalu berkata Maa-Syaa-a-Allah - "Apa yang Allah kehendaki", seolah2 menyatakan 'apa nak buat, dah takdir buat maksiat/jahat'. Sebaik2nya hendaklah kita berlindung dengan Allah dari kemaksiatan tersebut dan juga beristighfar.

2. Kesalahan kedua ialah kesalahan dari segi sebutan panjang MAA dan juga tulisannya. Kesalahan ini akan membawa kepada pengertian yang salah. Dari segi tulisan, huruf MA di kombinasikan dengan huruf Syaa-a :-

"MaSyaa-a-Allah" - مشاء الله - yang membawa maksud "Penyebar adalah Allah / A spreader is Allah"

Kesalahan2 ini bukan sahaja berlaku kepada mereka2 yang bukan Arab, malah ini diberlakukan juga dikalangan orang2 Arab sendiri. Disini saya paparkan beberapa website yang melakukan kesalahan tersebut (terutamanya forum2 arab) :-

مشكورين أبناء سالم على الرد والترجمه مشاء الله عليكم الله يحفظكم

http://bukhalifa.com/zayed/archive/index.php/t-5861.html

مشاء الله عليك اختي فطامي

http://www.uae2020.net/forum/archive/index.php/t-296.html

مشاء الله أهلا وسهلا

http://www.atteb.com/Forums/lofiversion/index.php/t4414.html

مشاء الله تبارك الله

http://alm3na.net/vb/printthread.php?t=5080

مشاء الله ............. مشاء الله

http://www.4gg4.com/vb/archive/index.php/t-2067.html

Jadi sahabat-sahabat sekelian mari kita perbetulkan apa yg tidak betul selama ini.. Moga Allah ampuni dosa-dosa kita terutama aku yg byk berdosa ini.

Petikan di ambil di sini. Sekian, Wassalam...

Rabu, 2 Mei 2012

BERSIH 3.0 - 280412

10 Jamadil Akhir 1433H

06 Jamadil Akhir 1433H bersamaan 28 April 2012.. Hari ini merupakan diantara hari2 yg bersejarah buat negaraku Malaysia.. Satu dunia sedang memperkatakan tentang BERSIH 3.0 ni.. Jika ada org bertanya pada aku tentang ini sudah pasti jawapan aku adalah YA! aku adalah penyokong BERSIH.. tapi ini bukan bermakna aku ingin bermusuh dengan rakan2 atau sesiapa sahaja yg tidak menyokong BERSIH.. aku banyak diam seribu bahasa pada tahun ini berbanding BERSIH 2.0 dahulu dimana aku amat lantang menyuarakan sokongan aku terhadap BERSIH. aku rase x salah kalau aku nak menyokong BERSIH ni hanya kerana ingin menuntut 8 perkara iaitu:

1. BERSIH kan Senarai Undi (Daftar Pemilih)
2. Reformasikan Undi Pos
3. Gunakan Dakwat Kekal
4. Akses Media Yang Bebas & Adil
5. Tempoh Berkempen Minima 21 Hari
6. Kukuhkan Institusi Awam
7. Hentikan Rasuah
8. Hentikan Politik Kotor


Aku x paham apa yg susah sgt kerajaan yg sedia ada nie nak tunaikan tuntutan nie? benda yg x baik ke yg sedang dituntut? nak kene keluarkan duit millions or billions of RM ke utk tunaikan tuntutan nie? kalau kene pun ianya berbaloi dari duit tu pergi pada tangan2 yg x sepatutnya.. Aku x mahu ulas panjang pasal benda nie.. walau apa pun yg org lain nak ckp, aku tetap dengan pendirian aku.. pada aku slagi ianya tak bertentangan dengan hukum agama, ianya x berdosa.. dosa lagi kalau aku gi join konsert2 yg mmg menggalakkan maksiat.. minta maaf pada yg tersinggung tp aku percaya setiap org ada pendapat yg berbeza.. yg aku tau, jgn disebabkan perkara ni, ada diantara kita perlu bermusuh.. kawan tetap kawan walaupun pendapat berbeza.. (peace no war).. last but not least aku nak share dengan korang pendapat King Jason yang best dari page Facebooknya.. 

Salam..



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...