Isnin, 30 Julai 2012

Maa syaa a Allah - ما شاء الله

10 Ramadhan 1433

بسم الله الرحمن الرحيم


Salam semua.. Tahukah anda apakah yg dimaksudkan dengan MaasyaAllah? Seringkali aku mendengar dan suatu ketika dahulu aku juga telah menggunakan kalimah MasyaAllah ini apabila melihat atau mendengar sesuatu perkara yg tidak baik atau tidak disenangi.. adakah ia sebenarnya sesuai disebut pada ketika itu?

Apakah yg dimaksudkan dengan MaasyaAllah? "MasyaAllah" bermaksud "apa yang diKehendaki Allah" atau "As Allah Willing" atau "As God Willing". Mari kita lihat dengan lebih mendalam, perkataan Maa-Syaa-a-Allah ini sebenarnya terbahagi kepada 3 perkataan :

1. Ma (مَا ) - harf (huruf atau particle), yang boleh membawa maksud Dia yang (الَّذِي) (he whom, that which, which, what ever, what so ever) Apa (مَاذ) dan juga bukan (not,لَمْ ).

2. Syaa-a (شاءَ) - fa'il (perbuatan atau verb), yang membawa maksud (أَرَاد) - kehendak, keinginan, (design to , be willing(to) , designate , intend ). Kamus al-Muwrid menambah - "to want, wish, desire, will, be willing (to), to intend, purpose, have in mid".

3. Allah ( الله) - Isim (nama atau nouns).

"Apa yang Allah kehendaki", "As Allah willing " ما شاء الله

Didalam scenario kita di Nusantara, perkataan Maa-Syaa-a-Allah ini menunjukkan keta'juban atau terkejut atau sesuatu yang mengemparkan. Di negara Arab, perkataan Maa-Syaa-a-Allah disebut sebagai menandakan kegembiraan. Keadaan dan suasana perkataan Maa-Syaa-a-Allah digunakan dengan pelbagai maksud. Akan tetapi, maksudnya tidak berubah :- dari segi kegembiraan pun ia merupakan "Apa yang Allah kehendaki" dan juga terperanjat juga merupakan "Apa yang Allah kehendaki". Ibn Kathir menyatakan bahawa terdapat dikalangan salaf apabila melihat perkara yang ajaib mengenai harta dan anak akan menyebut :-

ما شاء الله لا قوة إلا بالله
"Maa-Syaa-aAllah La Quwata illa billlah"

Sebagaimana firman Allah swt :-

وَلَوْلَا إِذْ دَخَلْتَ جَنَّتَكَ قُلْتَ مَا شَاءَ اللَّهُ لَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ إِنْ تَرَنِ أَنَا أَقَلَّ مِنْكَ مَالًا وَوَلَدًا 
 
"Dan sepatutnya semasa engkau masuk ke kebunmu, berkata: (Semuanya ialah barang yang dikehendaki Allah)! (tiada daya dan upaya melainkan dengan pertolongan Allah)? Kalau engkau memandang aku sangat kurang tentang harta dan anak berbanding denganmu." [al-Kahfi : 39].

1. Yang salah ialah apabila kagum melihat maksiat, perkara buruk dsb lalu berkata Maa-Syaa-a-Allah - "Apa yang Allah kehendaki", seolah2 menyatakan 'apa nak buat, dah takdir buat maksiat/jahat'. Sebaik2nya hendaklah kita berlindung dengan Allah dari kemaksiatan tersebut dan juga beristighfar.

2. Kesalahan kedua ialah kesalahan dari segi sebutan panjang MAA dan juga tulisannya. Kesalahan ini akan membawa kepada pengertian yang salah. Dari segi tulisan, huruf MA di kombinasikan dengan huruf Syaa-a :-

"MaSyaa-a-Allah" - مشاء الله - yang membawa maksud "Penyebar adalah Allah / A spreader is Allah"

Kesalahan2 ini bukan sahaja berlaku kepada mereka2 yang bukan Arab, malah ini diberlakukan juga dikalangan orang2 Arab sendiri. Disini saya paparkan beberapa website yang melakukan kesalahan tersebut (terutamanya forum2 arab) :-

مشكورين أبناء سالم على الرد والترجمه مشاء الله عليكم الله يحفظكم

http://bukhalifa.com/zayed/archive/index.php/t-5861.html

مشاء الله عليك اختي فطامي

http://www.uae2020.net/forum/archive/index.php/t-296.html

مشاء الله أهلا وسهلا

http://www.atteb.com/Forums/lofiversion/index.php/t4414.html

مشاء الله تبارك الله

http://alm3na.net/vb/printthread.php?t=5080

مشاء الله ............. مشاء الله

http://www.4gg4.com/vb/archive/index.php/t-2067.html

Jadi sahabat-sahabat sekelian mari kita perbetulkan apa yg tidak betul selama ini.. Moga Allah ampuni dosa-dosa kita terutama aku yg byk berdosa ini.

Petikan di ambil di sini. Sekian, Wassalam...

Khamis, 19 Julai 2012

Destinasi - Sungai Verzasca

29 Syaaban 1433

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam, adakah anda suke melancong? hari ni ade satu destinasi yg agak menarik utk dikongsikan bersama.. Destinasi yg hendak diperkatakan ialah Sungai Verzasca yang terletak di Switzerland. Sungai ini dikenali kerana kejernihan airnya yang mengalir dari gunung-ganang yang terletak di Pizzo Barone ke Tasik Maggiore. Air sungai ini sangat jernih sehinggakan pada kedalaman 10 meter di dasar sungai, anda masih dapat melihat dengan jelas jambatan yang merentangi sungai ini. Lokasi ini terkenal sebagai kawasan pelancongan untuk aktiviti 'scuba diving' dan 'bungee jumping'. Sila lihat gambar- gambar di bawah & ucapkan rasa kagum dengan kebesaran Allah S.W.T... :)
















Credit kepada page FB Wujud.

Rabu, 11 Julai 2012

Solat pakai kasut - Sunnah yg telah dilupakan

21 Syaaban 1433


بسم الله الرحمن الرحيم
 
 
Pernah dengar x org sebut tentang solat dengan memakai kasut? seblom nie aku slalu gak terfikir mcm mana yer kalau kita berada di suatu tmpt yg tiada kemudahan surau atau masjid ketika itu, atau bile solat jumaat jemaah terlalu ramai hingga mengakibatkan terpakse solat di luar masjid dan kebetulan xde pulak alas.. x kan nak berkaki ayam pulak di atas jalanan? Alhamdulillah hari ni dah terjawab persoalan yg x pernah aku ketahui selama nie.. Sesungguhnya Allah telah memberi jawapan pada aku yg mmg tidak tahu & tiada apa apa, kerana segalanya milik Allah..
 
 
 
"Syeikh Muqbil bin Hadi al-Wadi’e dalam kitabnya Majmu’ Rasa’il ‘Ilmiyyah telah mengatakan bahawa solat dengan memakai sepatu merupakan suatu sunnah yang sudah dilupakan.

Ibnu Muflih dalam kitabnya al-Aadaab Al-Syar’iyyah Jil 3 hlm 511 telah meletakkan bab khusus “Fasl Istihbab Salah fi Ni’al” (Perihal Disunnahkan solat dengan memakai kasut), lalu dia berkata Syeikh Ibn Taimiyyah rahimahullah menyebutkan bahawa solat dengan memakai sandal atau sejenisnya itu disunnahkan.

Ada hadis berkenaan bab ini daripada Abu Maslamah Said Bin Yazid Al-Azyid radhiyallahu ‘anhu katanya, “aku pernah bertanya Anas bin Malik adakah Rasulullah SAW pernah solat dengan memakai kasut?” Anas menjawab “Ya!” (Hadis riwayat Imam Bukhari no. 386, Muslim no. 555 dan dalam sunan Tirmidzi n0. 396)

Kemudian Abu Maslamah mengatakan bahawa para ulama sepakat mengamalkannya.
Begitu juga hadis dari Abdullah bin ‘Amr bin al-Ash dia berkata : ” Aku pernah melihat Rasulullah mengerjakan solat dengan kaki telanjang (tidak berkasut) dan berkasut”. Hadis riwayat Ahmad no.6627, Abu Daud no.653, Ibn Majah no. 1038.

Abu Sa’id al-Khudri meriwayatkan bahawa suatu ketika Rasulullah SAW mengerjakan salat, beliau membuka kedua kasutnya, lalu orang-orang yang ada dibelakang beliau pun membuka kasut mereka. Selesai solat, beliau bertanya : Kenapa kamu semua membuka kasut kamu? Mereka menjawab : Wahai Rasulullah SAW, kami melihat engkau membuka kasut, sebab itu kami juga membuka kasut. Beliau berkata : “Sesungguhnya Jibril mendatangiku, lalu memberitahuku bahawa ada kotoran ( Najis ) di kedua kasutku. Jika salah seorang diantara kamu mendatangi masjid, maka tengklah kasutnya. Kemudian lihatlah, jika ada kotoran (najis) pada keduanya, maka gosok-gosokkanlah ke tanah, setelah itu solatlah dengan memakai keduanya”. hadis riwayat Ahmad no. 1153, Abu Daud no. 605, Ibn Khuzaimah no. 1017. Pentahqiq kitab al-Musnad Imam Ahmad mensahihkannya.

Beberapa ulama Hadis ada menerangkan berkenaan isu ini.
  1. Imam Tirmidzi didalam kitab sunannya ketika meriwayatkan hadis pertama diatas berkata “Didalam bab ini terdapat hadis dari Abdullah Ibnu Masud,Abdillah bin Habibah,Abdillah bin Amr,Amr Bin Huraits,Syaddad bin Ans,Ats Tsaqafi,Abu Hurairah dan Atha’ dari bani hanidah.Dan hadis ini diamalkan oleh para ahli ilmu.
  2. Imam al-Iraqi didalam syarahnya terhadap kitab sunan Imam Tarmidzi Bahawa solat dengan memakai kasut diamalkan dan disukai oleh Umar Al-khatab,Uthman Ibnu Affan,Abdullah Ibnu Abbas,Anas bin Malik,Salamah bin Al-Akwa dan Aus ibnu Ath-Tsaqafi (RA)
Sabda Nabi Muhammad SAW 
“Berperilakulah yang berlawanan dengan orang-orang yahudi kerana mereka tidak mengerjakan solat dengan memakai sandal atau kasut mereka”
(Hadis dari Syaddan binAus dari Ayahnya,Sunan Abu Daud no:622). Hadis ini diucapkan oleh Nabi disebabkan pada awal penghijrahan umat Islam ke Madinah ketika itu di Madinah sudah ada kaum Yahudi yang tinggal disana.

Dan ada sebahagian kita akan ragu-ragu dengan sunnah ini tapi kita kena ingat bahawa Sunnah Nabi adalah lebih utama kita ikuti daripada pandangan kita sendiri atau keraguan nafsu. al-Imam Ibnu Qoyyim menyatakan dalam hal ini “Antara yang tidak menyenangkan hati orang yang was-was ialah solat dengan berkasut padahal ia adalah sunnah Nabi SAW dan para sahabat.” Imam Ahmad pernah ditanya mengenai solat berkasut, maka katanya “Demi Allah solat berkasut itu adalah baik benar”
Kenyataan saya ini bukanlah ingin mempromosi solat dengan memakai kasut. Bukan juga tidak lama lagi saya ingin mengeluarkan produk ‘kasut untuk solat’. Tidak sama sekali. Apatah lagi hendak menyeru orang ramai masuk kedalam masjid dengan memakai kasut memijak marmar, karpet, kayu yang indah-indah semata-mata mahu mengamalkan sunnah. Kalau saya jadi Tok Imam Masjid pun marah masuk pakai kasut. Kasihankan tok siak masjid. Namun ianya sekadar jawapan yang ditanya oleh beberapa pihak yang menolak dengan keras perilaku solat dengan memakai kasut walaupun di atas padang, dan di tempat yang sukar dihamparkan sejadah seperti adat kebiasaan kita turun temurun.
Saranan saya, kalau boleh buka kasut, buka sahaja untuk mengelakkan fitnah dari tersebar di kalangan masyarakat. Namun sekali sekala proses mempromosikan sunnah yang ditinggalkan ini juga perlu dilakukan dengan hikmah. Ini kerana, takut-takut, kita mengeji, menghina, mengutuk sesuatu yang bukan atas dasar ilmu. Sedangkan ianya merupakan sunnah dan petunjuk dari Nabi SAW.

Petikan di atas aku dapat dr Imam Muda Asyraf di sini.
 

Selasa, 10 Julai 2012

Rahsia Garam

20 Syaaban 1433

بسم الله الرحمن الرحيم


Ramai org kata xboleh makan garam byk sgt nnt darah tinggi, x elok dan sebagainya.. Tetapi tahukah anda garam mempunyai keistimewaan dan rahsia disebalik kewujudan garam..



Rahsia Garam... Amalan sunnah yang tak diketahui...

Amalan Rasulullah S.A.W memakan secubit garam sebelum dan selepas makan kini dibuktikan oleh sains bahawa tabiat ini menambahkan keberkesanan perut untuk menghadam makanan dan menghindarkan perut dari menyerap racun.

Pada zaman Yunani, Tentera Yunani ( askar Greek ) dibayar gaji menggunakan garam .Begitu juga dengan episod penjajahan negara kecil oleh negara besar dengan mengenakan hukuman penjara kepada penentang mereka .

Apabila dipenjarakan, mereka ( penentang ) akan diberi makanan seperti roti dan air tanpa garam.Walaupun kerap dihidangkan dengan roti dan air tanpa garam, badan mereka tetap lemah memandangkan kurangnya kandungan garam dalam badan.

Dari Abdullah Bin Umar


” Sesungguhnya ALLAH menurunkan empat perkara berkat ( mempunyai kebaikan ) dari langit ( menerusi hujan ) ke bumi iaitu besi, api ,air dan garam”

Hadis Riwayat Al-Baghawiy dalam tafsirnya .

Dari Anas Bin Malik, nabi bersabda ” Penghulu segala lauk pauk kamu ialah garam .

Dalam kitab perubatan Islam, untuk penyakit dari laut maka untuk keluarkannya dari badan/merawatnya dari laut juga iaitu menggunakan air garam. Antaranya:

1. Penyakit Gaut – timbus anggota badan atau bahagian yang bengkak dengan pasir laut ( tepi pantai ) 1 – 2 jam kemudian mandi air laut.

2. Kalau tinggal di bandar seperti , goreng 1 – 2 genggam garam kasar sampai kekuningan kemudian demah/tuam di bahagian yang bengkak atau sakit. Garam itu dibungkus dengan kain.

3. Guna cara yang sama seperti di atas untuk penyakit lenguh-lenguh sendi, sakit kepala, senggugut. Kalau sakit lelah demah/tuam pada tapak kaki.

4. Elak mabuk semasa perjalanan dengan meminum madu dan secubit garam atau air suam dan secubit garam sebelum memulakan perjalanan

5. Mengembalikan tenaga untuk orang yang bekerja berat seperti bertani, bersukan dan seumpamanya – minum air suam dan sedikit garam.

6. Cuci perut : minum air suam dan satu butir garam kasar sebelah pagi.

Petua berdasarkan kajian

Merendam kerang supaya hilang tahinya. Dalam kaedah perubatan Islam, sesuatu perkara yang buruk diubat dengan asalnya. Kerang berasal dari laut, dan garam digunakan untuk meneutralkan keburukannya (tahi).

Mengurang tahap kemasinan ikan masin. Ikan kering yang terlalu masin boleh dikurangkan kadar kemasinannya dengan merendam dalam air garam juga.

Merawat cirit-birit. Ia boleh diubati dengan meminum air yang dicampur sedikit garam.

Garam diguna untuk merawat kegatalan. Air yang dicampur garam disapukan pada kulit yang gatal.

Menambah imuniti badan akibat perubahan hawa/angin. Hal ini berlaku di sesetengah tempat di negeri Arab. Misalnya pelajar Malaysia yang berkunjung ke Arab akan mengalami alahan terhadap hawa/angin tempat baharu. Air garam diminum sebagai ubatnya.

Info diambil dari page Wujud.

Motivasi ke arah kebaikan dunia & akhirat

20 Syaaban 1433

بسم الله الرحمن الرحيم


Salam, moga hari ini adalah lebih baik dari semalam buat kita semua.. pejam celik, pejam celik sembilan hari lagi kita semua akan menyambut bulan Ramadhan yg penuh rahmat.. aku berdoa agar kita semua diberi kesempatan untuk bertemu Ramadhan dan melakukan ibadah sebanyak-banyaknya kerana di bulan ini lah kita Allah begitu bermurah mencurahkan pahala kepada hamba-hambaNya... 

Memandangkan nak masuk Ramadhan ni, mari kita membuat persiapan agar dapat melakukan ibadah dengan lebih khusyuk & ikhlas kerana Allah s.w.t.. Rasanya dah terlalu lama aku terleka dengan kehidupan dunia, syukur Allah masih memberi peluang pada aku utk mengingatiNya.. Sempena nak merubah diri kepada yg lebih baik jom kita perdengarkan di Youtube koleksi motivasi bersama ustaz Ebit Lew di 
IKIMfm.my. Aku memang rekemen korang semua dengar motivasi dr ustaz Ebit nie.. susah aku nak cakap kenapa tp korang dengarkan sendiri.. moga aku dan kita semua memperoleh hidayah dr Allah s.w.t.. amin.. 

Terdapat 25 siri kesemuanya.. Jomm! :)





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...