di sini tempat aku berkongsi pendapat, ilmu serta perkara-perkara yg aku rasakan sesuai untuk bacaan umum..
Khamis, 19 Julai 2012
Destinasi - Sungai Verzasca
29 Syaaban 1433
بسم الله الرحمن الرحيم
Salam, adakah anda suke melancong? hari ni ade satu destinasi yg agak menarik utk dikongsikan bersama.. Destinasi yg hendak diperkatakan ialah Sungai Verzasca yang terletak di
Switzerland. Sungai ini dikenali kerana kejernihan airnya yang mengalir dari
gunung-ganang yang terletak di Pizzo Barone ke Tasik Maggiore. Air
sungai ini sangat jernih sehinggakan pada kedalaman 10 meter di dasar
sungai, anda masih dapat melihat dengan jelas jambatan yang merentangi
sungai ini. Lokasi ini terkenal sebagai kawasan pelancongan untuk
aktiviti 'scuba diving' dan 'bungee jumping'. Sila lihat gambar- gambar di bawah & ucapkan rasa kagum dengan kebesaran Allah S.W.T... :)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan