Khamis, 17 Mei 2012

Al-Fatihah di dalam solat

25 Jamadil Akhir 1433H

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam buat semua yg sudi membaca perkongsian aku hari ni.. Syukur Alhamdulillah, semakin hari semakin kuat perasaan aku untuk mendekatkan diri pada Allah & mencintai Nabi Muhammad S.A.W.. sblom ni mmg pernah terdetik pada diri aku utk lebih mendekatkan diri padaNya tapi tiada apa yg aku lakukan utk ke arah itu hanya mengharapkan pada doa yg dilakukan stiap kali selepas solat.. Aku yakin yg Allah telah memperkenankan doa suamiku, ibu bapaku & juga doa sahabat2 yg ingin aku sentiasa mendekatkan diri pada Allah & Rasul.. syukran pada semua yg telah mendoakan aku serta muslimin & muslimat.. Aku harap setiap diantara kita akan memperoleh hidayah dari Allah s.w.t..

Kita semua tahu yg iman itu tidak diwarisi & tidak semua orang akan memperoleh hidayah dari Allah.. tapi percayalah jika kita berusaha memperbaiki diri kita dan  bersungguh sungguh ingin mendekatkan diri padaNya, Allah pasti akan menunjukkan jalannya dan secara tidak langsung semakin hari iman kita akan bertambah tanpa kita sedari.. yg paling utama jangan henti berdoa dan memohon padaNya.. 



Ya Allah sesungguhnya Engkaulah maha pemurah lagi maha mengasihani.. x terbalas segala yg aku ada untuk mengucapkan tanda syukurku padaMu ya Allah tetapi hanyalah dengan sentiasa memgingatiMu & sentiasa memperbaiki diri ini ya Allah..
Ya Rabb terlalu byk yg perlu ku pelajari utk mendekatkan diri ku pada Mu, engkau berilah aku masa utk aku lebih mengenali Engkau & nabi Muhammad s.a.w..



Hari ni aku nak share ngan korang satu video pada bulan puasa yg lepas (2011) tentang bacaan Al-fatihah dari ustaz Zulkarnain sewaktu solat fardhu & sunat yg kita lakukan setiap hari... Dulu aku pernah terdengar dari ustaz yg mengatakan sewaktu kita bersolat itulah waktu kita sedang berkomunikasi dengan Allah.. tapi aku x pernah tahu n rase perasaan berkomunikasi dengan Allah sewaktu solat sehinggalah aku menonton video nie.. Aku memohon agar kita semua akan lebih khusyuk di dalam solat selepas menonton video nie..

Allahu Akbar!






1 ulasan:

  1. nice info & nice video...hope kita sama2 dpt khusyuk dlm solat...bila dh khusyuk barulah dtg feel & rasa mcm ada yg xkena bila lmbt dirikan solat...nak buat jahat pun rasa takut...barulah sempurna solat & menepati ayat "solat itu mencegah diri daripada perbuatan keji & mungkar"

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...