Memaparkan catatan dengan label rejab. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label rejab. Papar semua catatan

Selasa, 22 Mei 2012

Rejab

 بسم الله الرحمن الرحيم



Doa yang baik untuk diamalkan bila memasuki bulan Rejab, "Allahumma Baariklana fi rajab,wa syaaban wa balighna Ramadhan", maksudnya: Ya Allah, berkatilah kami pada bulan Rejab dan Sya'ban dan sampaikan kami ke bulan Ramadhan." (Hadis Riwayat Baihaqi)

Satu perkara yang perlu juga dijelaskan ialah tiada amalan khusus dalam bulan Rejab yang diriwayatkan oleh Rasulullah SAW dari hadis-hadis sahih. Amalan tertentu seperti solat sunat Rejab, puasa Rejab dan umrah di bulan Rejab adalah bersandarkan kepada hadis-hadis lemah.

PERISTIWA PENTING BULAN REJAB

1. Hijrah Pertama Dalam Islam

Ada di kalangan sahabat yang mengadu kepada Rasulullah SAW tentang derita yang mereka tanggung apabila pihak Musyrikin Mekah meningkatkan tekanan dan ancaman kepada Baginda dan orang yang beriman. Lalu Rasulullah memerintahkan agar mereka berhijrah ke negeri Habsyah.

Tujuan hijrah ini untuk menyelamatkan iman, keselamatan diri dan mencari tapak baru untuk agama Islam berkembang. Di antara yang berhijrah ialah Saidina Othman RA dan Isterinya Roqiah anak Rasulullah dengan jumlah kesemuanya adalah 14 orang. Habsyah dipilih kerana rajanya dikenali dengan sikap terbuka dan bertoleransi.

2. Israk dan Mikraj

Israk dan Mikraj ertinya Rasulullah SAW dijalankan dari Mekah ke Baitulmaqdis di waktu malam dan diangkat ke langit bertemu Allah SWT dan untuk mengambil kewajipan solat 5 waktu dari Allah SWT.

Terdapat khilaf ulamak mengenai tarikh sebenar berlakunya peristiwa ini tetapi jumhur ulamak bersepakat menerima ianya berlaku pada 27 Rejab. Tetapi berlakunya peristiwa itu tidak penting kerana apa yang lebih penting ialah umat Islam wajib meyakini bahawa peristiwa ini adalah benar-benar berlaku ke atas diri Rasulullah SAW berdasarkan dalil qatie dari al quran dan hadis sahih.

3. Peperangan Tabuk

Peperangan Tabuk berlaku dalam tahun 9 hijrah di satu kawasan bernama Tabuk di utara Semenanjung Arab dengan bala tentera Rasulullah SAW seramai 30,000 orang. Akhirnya peperangan tidak berlaku kerana tentera Rom telah melarikan diri kerana takut kepada kekuatan dan kecekalan tentera Islam yang sanggup menghadapi pelbagai cabaran.Ia juga peperangan terakhir yang disaksikan oleh Rasulullah SAW.

4. Pembebasan Baitul Maqdis

Baitul Maqdis telah dibuka pada zaman pemerintahan Saidina Umar bin Al Khattab RA. Akibat kelalaian dan perpecahan umat di zaman pemerintahan Abbasiyah,orang kristian(tentera Salib) telah melakukan serangan bertubu-tubi ke atas Baitul Maqdis dan akhirnya berjaya ditawan setelah 500 tahun dikuasai pemerintahan Islam. Tentera Salib telah mendudukinya selama 50 tahun sebelum dibebaskan kembali tentera Islam di bawah panglima perang Salehuddin Al Ayubi yang berjaya ditawan pada hari Jumaat 27 Rejab 583H. Pada tahun 1967/1387H, umat Yahudi pula menawan Baitul Maqdis dan menamakan negara baru mereka dengan nama Israel.

5.Lahirnya Imam Syafie RH

Nama sebenar Imam Syafie ialah Muhammad bin Idris. Beliau lahir di Ghuzah, Palestine pada tahun 150H bersamaan 767M. Merupakan salah seorang daripada imam mazhab yang empat dan Malaysia adalah antara negara yang majoriti mengamalkan mazhab syafie. Salah satu peninggalan beliau yang amat berharga dan tidak ternilai harganya hingga menjadi rujukan hingga kini ialah Kitab Al Umm.

Isnin, 21 Mei 2012

Kekeliruan tentang Fadhilat bulan Rejab

29 Jamadil Akhir 1433H

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam buat semua... Syukur Alhamdulillah kerana kita masih dipanjangkan umur untuk bertemu bulan Rejab yg dimuliakan Allah s.w.t. Sempena meraikan bulan yg mulia ini, aku ingin berkongsi dengan seluruh umat Islam bahawa sebanarnya terdapat banyak hadith2 palsu yg telah dikaitkan dengan bulan Rejab.. Perkara ini adalah amat membimbangkan kerana kita juga akan turut sama berdosa jika menyebar atau mempercayai hadith2 tersebut.. Moga kita semua dilindungi Allah s.w.t..

 


Di antara hadith-hadith Hadis-hadis Palsu Yang Popular di Bulan Rejab

1. "Sesungguhnya di Syurga ada sungai yang dinamakan ‘Rejab’ airnya lebih putih dari susu dan lebih manis  dari madu, barangsiapa yang puasa satu hari pada bulan Rejab maka Allah akan memberikan minum kepadanya dari air sungai itu.”(Periwayat majhul(periwayat tidak dikenali).Imam adz-Dzahaby berkata: “Mansyur bin Yazid al-Asadiy meriwayatkan darinya, Muhammad al-Mughirah tentang keutamaan bulan Rejab. Mansyur bin Yazid adalah rawi yang tidak dikenal dan khabar (hadits) ini adalah bathil.” (Lihat Mizaanul I’tidal (IV/ 189)

2. "Barang siapa yg berpuasa sehari pada bulan Rejab (ganjarannya) sama dengan puasa sebulan."Periwayat matruk(periwayat suka berdusta).(Kata Imam an-Nasa’i: “Furaat bin as-Saa’ib Matrukul hadits.”)

3. "Rajab bulan Allah, Sya’ban bulanku dan Ramadhan adalah bulan ummatku."Kata Syaikh ash-Shaghani (wafat th. 650 H): Hadits ini maudhu(palsu)

4. "Barang siapa yg berpuasa 3 hari pada bulan Rejab, dituliskan baginya ganjaran puasa satu bulan dan barang siapa yg berpuasa 7 hari pada bulan Rejab maka Allah tutupkan daripadanya 7 pintu-pintu api neraka. Dan barangsiapa yg berpuasa 8 hari pada bulan Rejab maka Allah membuka baginya 8 buah pintu dari pintu-pintu syurga, dan barang siapa yg berpu! ! ! asa separuh dari bulan Rejab maka dia akan di hisab dengan hisab yg mudah."Periwayat matruk.Imam an-Nasa-i berkata: “Dia Matrukul Hadits.” Sedangkan kata Imam al-Bukhari: “Dia dituduh sebagai pendusta.”


Apabila kita baca hadith2 diatas pasti kita akan terpesona dengan ganjaran yg diperolehi tapi MasyaAllah ianya semua palsu.. Alhamdulillah, syukur kerana kita masih diberi kesempatan untuk memohon keampunan pada Allah sekiranya kita telah menyebarkan atau mempercayai hadith-hadith di atas..

Di bawah adalah petikan yg diambil dr seorang hamba Allah...


"Seorang lelaki telah bertanya Rasulullah saw, katanya : Bulan mana kamu perintahkanku berpuasa selepas Ramadan? Maka Rasulullah saw berkata : Jika aku berpuasa selepas Ramadan, maka berpuasalah dibulan Haram, maka sesungguhnya didalamnya dari Taubat Allah swt keatas satu kaum, dan terdapat taubat didalamnya untuk satu kaum yg lain"(Riwayat Ahmad)

// Bulan-bulan haram iaitu Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab


\\ Hadis-Hadis Bulan-Bulan Rejab kebanyakkannya adalah Mawdhu' (Palsu). Pendustaan terhadap Rasulullah saw. (Al-Saqr, Al Qardhawi) 


// Tidak ada solat dan zikir khas untuk bulan Rejab (Al-Saqr, Al-Qaradhawi). 


\\ Bulan Rejab seperti bulan-bulan Haram yg lain disunatkan melakukan Puasa sunat dan banyakkan bertaubat. ( Imam Al-Sya'rawi) 


// Berpuasa pada bulan Rejab tidak sepenuhnya dan Sya'ban tidak sepenuh bulan (Al-Qardhawi) 


\\ Rejab tidak mempunyai kelebihan dari bulan-bulan yg lain, kecuali kelebihan sebagai bulan-bulan Haram.(Syed Sabiq) 


// Tidak boleh HANYA berpuasa dibulan Rejab sahaja, dimana 3 bulan-bulan yg Haram yg lain tidak langsung diberi keutamaan melakukan puasa (Mazhab Hanbali- Al-Jaziry)

Wallahualam..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...