Khamis, 7 Jun 2012

Ini baru kaya yg sebenar...

17 Rejab 1433H


بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah, hari ni aku terbaca kisah menarik tentang usahawan yg rata-rata pasti pernah mendengar atau melihat Al-Rajhi bank.. aku pun baru tahu hari ni pemilik yg mengusahakan bank Al-Rajhi ni.. Nama beliau ialah Sulaiman al-Rajhi.. kalau dah kate pemilik bank tambahan pula berasal dari negara arab mmg confirm beliau ni org yg kaya raya.. wahhh mesti ramai yg nak jadi mcm beliau kan.. tapi tahukah korang yg skang ni beliau cuma tinggal sehelai sepinggang jer.. 


Subhanallah... Aku mmg respect org yg mcm nie, sanggop melepaskan kekayaan yg telah dikurniakan kerana Allah..beliau bermula dari bawah utk menjadi org yg sgt berjaya dan akhirnya beliau telah membahagikan segala harta kekayaannya kepada anak2 dan projek2 wakaf.. dasyatkan? mmg dasyat.. org yg mcm ni yg patut kita jadikan contoh sebab manusia zaman skang ni dok sebok mencari harta dunia & hampir terlupa nak cari bekalan di akhirat, nauzubillah.. walaubagaimanapun contoh yg terbaik sudah semestinya ialah nabi Muhammad s.a.w...

Secara ringkasnya Sulaiman al-Rajhi adalah pemilik Al-Rajhi Bank iaitu bank Islam paling besar di dunia. Anggaran harta beliau yang dimiliki oleh Forbes adalah USD 7.7 bilion dan adalah org yg ke 120 terkaya di dunia! (kalau 7.7billion org ke 120 terkaya, erm aku ni yg simpanan seciput??? isk isk isk.. papepun alhamdulillah hehehe)

Namun kini beliau hanya tinggal sehelai sepinggang kerana beliau dengan sukarelanya telah memberi segala harta pada anak2 dan diwakafkan kerana Allah s.w.t. Ini adalah contoh orang kaya yang beriman yang dapat kita jadikan teladan selain dari kisah Ahmad Dawjee Dadhaboy yang mewakafkan tanahnya di ‘Golden Triangle’ Kuala Lumpur. 

Bagaimana Sulaiman al-Rajhi Bermula? 

1. Bermula dengan bisnes money exchange dan melihat masih belum ada bank Islam yang wujud, kira-kira 30 tahun dahulu.


2. Berjumpa dengan pengurus (CEO barangkali) Bank of England dan juga pelbagai bank pusat tentang idea bank Islam, menyakinkan mereka bagaimana perbankan halal dapat mengukuhkan lagi ekonomi dunia kerana orang Islam dan Kristian tidak dapat berurusniaga dengan riba.

3. Bermula di London dan setelah berjaya kembali ke Arab Saudi dengan sokongan mufti besar, Sheikh Abdul Aziz Bin Baz. 

Menjadi Miskin Semula Setelah Kaya  

1. Beliau pernah jatuh sebanyak dua kali, dan ‘miskin’ kali ketiga ini merupakan kehendaknya sendiri dan ia memberikan ketenangan dalam diri. Hartanya telah diberikan kesemuanya kepada anak-anak dan projek-projek wakaf.  

2. Sebahagian harta telah dibahagikan terlebih dahulu kepada anak-anaknya untuk mengelakkan isu perebutan harta yang merugikan syarikat, masyarakat dan negara.

3. Sebahagian yang lain digunakan untuk projek-projek wakaf SAAR Foundation dan kesemua ini dilakukan semasa masih hidup dan bukan efektif selepas mati seperti yang selalu dibuat ramai orang. 

Bertindak, bukan Sekadar Komplen 

Antaranya …

1. Beliau menyedari pada zamannya tidak wujud bank Islam, maka dengan usaha keras beliau bermula dari bawah.

2. Beliau melihat proses sembelihan yang tidak sempurna, lalu beliau menubuhkan syarikat yang mengatasi hal berkenaan; al-Watania Poultry. Kini menguasai 40% pasaran di Arab Saudi.

3. Beliau juga sedar terlalu banyak bahan kimia dalam makanan, maka al-Watania Agricultural terlibat pula menanam sayur secara organik untuk memastikan lebih ramai yang makan makanan yang bebas bahan kimia berbahaya. 

Pendidikan Kewangan Anak-anak


1. Memastikan anak-anak pandai menguruskan bisnes dan pelaburan sendiri seperti anak-anak perlu ‘bekerja’ untuk mendapatkan duit. Tiada istilah dapat duit ‘in exchange of nothing’.

2. Menjadi mentor terbaik untuk semua anak-anaknya. 

3. Sesibuk mana pun menguruskan bisnes dan pelaburan, pastikan persaudaraan sesama keluarga dijaga dan juga kehidupan di akhirat. 

Lagi Yang Menarik 

1. Tidak suka membazir; kenapa perlu pasang langsir tebal dan memasang lampu sedangkan Allah swt telah beri cahaya pada siang hari secara percuma?

2. Bisnes vs peribadi; memiliki ekuiti syarikat penerbangan dan masih membayar untuk tiketnya.

3. Merendah diri; masih menaiki penerbangan kelas ekonomi.

4. Menepati waktu; mempelajarinya pada awal memulakan bisnes kerana pernah lewat beberapa minit menghadiri mesyuarat dengan pegawai syarikat terkemuka di Eropah dan pegawai tersebut enggan berjumpanya kerana kelewatan tersebut.

5. Tegas dengan prinsip Islam; dijemput menghadiri jamuan makan malam. Keluar dari jamuan tersebut selepas menyedari ada program hiburan yang menyalahi syariat. Menteri bertanggungjawab akhirnya membatalkan program tersebut bagi membolehkan beliau berada dalam majlis tersebut. Itulah kuasa orang kaya yang beriman.

6. Semuanya baik-baik; Alhamdulillah. Itulah ucapan dari mulut beliau apabila mendengar kilang-kilangnya terbakar. Bukan sekali kejadian itu berlaku, tetapi dua kali.

7. Semuanya Allah punya; kita cuma pemegang amanah di atas muka bumi.

p/s: kat atas ni sumber yg di petik dari myibrah.com & pakdi.net.. sumber asal kat sini


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...